Tuesday, 1 March 2011

MAKANLAH TEMBIKAI...



Tahukah anda tembikai banyak khasiatnya???Nabi Muhammad SAW turut memakan buah tembikai selain daripada buah tamar. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah RA  berkata: “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah”. Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah.Di samping kalium, ia juga mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung. Tengoklah budak itu, pandai menjaga kesihatan dari kecik.hehehe...

4 comments:

  1. tapi kalau batuk x bley mkn tembikai banyak2...

    ReplyDelete
  2. kalau batuk makanlah ubat batuk
    bkan'e minum ais
    hehe

    ReplyDelete
  3. amboi.... menyindir nampak..
    bagus la minum ais, ubat namanya.. hikhik

    ReplyDelete
  4. aduh,terase ke???
    lumrah..hehe

    ReplyDelete