Tuesday, 22 March 2011

ANJING?? Jangan lari....

Anjing? Jangan lari..nanti kene kejar. Tulah kate-kate mak aku mase aku kecik-kecik dulu. Tapi kalau nampak je anjing aku selalu je lari. Aku tak faham kenape mak aku tak bagi aku lari kalau nampak anjing sebab selalu aku nampak je anjing, anjing tu kejar. Kalau tak lari memang kenyang anjing tu. Peristiwa paling pelik bile mak dan nenek aku sendiri yang lari dari anjing.hehehe.. Mak aku selalu pesan jangan lari bile nampak anjing, tapi hari tu aku pun tak tahu kenape mak dan nenek aku lari. Bermula dengan arwah nenek aku yang buka langkah seribu bile tengok anjing. Pertama sekali nenek aku bukak selipar dan teros cabut tinggalkan mak aku. Mak aku pun takde pilihan daripada teros lari.hehehe..Dowang lari laju sangat dan sebab takut sangat dowg teros menyorok dalam longkang. Aku pun tak tahu kenape mak dan nenek aku menyorok kat situ, tapi peristiwa tu memeng gelikan hati.hehe..Kalau dalam ketakutan, manusia boleh buat ape saje diluar kemampuan, lompat bangunan pun sanggup kalau kene kejar anjing...


Peristiwa satu lagi yang aku nak ceritakan ialah seorang hamba yang memeluk Islam gara-gara dikejar anjing. Cerita ini berlaku kepada seorang pemuda yang dikejar anjing dan lari bagaikan ribut. Kemana saja pemuda itu lari anjing itu tetap kejar. Pada satu tempat pemuda itu berlari masuk ke satu tempat dimana orang berkumpul. Pemuda itu hairan apabila dia masuk ke tempat itu, anjing itu tidak mengejarnya lagi. Dengan tercungap-cungap die menarik nafas lega. Pemuda itu bertanye dimanakah die berada sekarang. Salah seorang pemuda di tempat itu menjawab "Ini rumah Allah, tempat kaum muslimin beribadah".Pemuda itu masih heran. "Maksud Anda?" "Rumah Allah tidak dimasuki anjing, dia makhluk yang najis, sedangkan rumah ini suci, dinaungi oleh malaikat, dan siapa yang masuk ke rumah ini ia akan mendapatkan ketentraman dan kedamaian" Pemuda itu tercengang-cengang. Dan akhirnya pemuda itu telah masuk Islam disebabkan peristiwa itu.Setiap peristiwa yang berlaku ade hikmahnya. Sekian

Monday, 21 March 2011

MITSUBISHI LANCER EVOLUTION

Setiap orang ada impian mereka sendiri.Impian seseorang merangkumi semua aspek hidup, nak jadi jutawan,nak rumah besar,kereta besar,bini pun nak besar,ehem2....tapi fokus kat sini adalah memiliki kereta impian. Ape yang diidamkan selama ini adalah untuk memiliki sebuah Lanceerrr....






Setiap orang boleh meletakkan impian,tapi impian tidak akan tercapai tanpa usaha. Bagi aku sorang pelajar impian ni memg susah untuk dicapai. Tapi tak salah kalau meletakkan impian sebagai panduan. Harga bagi sesebuah kereta ni mencecah 100K keatas. Dengar je harga dah gugur semua bulu. Tapi impian tu mungkin akan jadi kenyataan satu hari nanti..=)
Kebanyakan buah yang manis itu bermula dari putik yang masam,kelat atau pahit. Setiap kejayaan yang gemilang selalunya bermula dengan kepayahan, kesengsaraan dan kegagalan. Dengan usaha yang gigih, kejayaan pasti akan diperoleh. Itulah lumrah alam....

Thursday, 3 March 2011

IN MEMORY (KMP 2008)

KOLEJ MATRIKULASI PERLIS 08/09
"ALWAYS IN MY HEART"

Kolej Tercinta

Pintu Masuk

Komsas Ar-Razi

Di Senja Hari

Dataran

Alamak,rosak gambar....

My English Class

Say Cheese...

Musim Bunga di KMP

Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) ialah Kolej Matrikulasi yang tertua di Malaysia.KMP mula dibina di atas tanah seluas 75 ekar pada bulan Januari 1998 di Arau, Perlis. KMP siap dibina pada Mac 2000 dan telah beroperasi mulai 3 Julai 2000. KMP merupakan sebuah kampus yang moden dan mempunyai kelengkapan terkini selaras dengan hasrat dan cita-cita murni Falsafah Pendidikan Negara. KMP juga menawarkan kursus-kursus dalam bidang sains dan sastera ikhtisas di samping kursus-kursus elektif ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang.LOVE KMP...

LAGU KOLEJ
Indah mempersona suasana ceria
Kolej ku damai permai sentiasa
Kehidupan berbudaya
Kukuh bersama
Bersatu beretika

Visi kejayaan
Disiplin diutama
Komitmen tinggi setiap masa
Cabarankan ditempuhi
Berprestasi tinggi
Lahirkan insan yang berkualiti

Kolej Matrikulasi Perlis
Cemerlang berusaha
Menggapai wawasan

Kolej Matrikulasi Perlis
Megah di puncak jaya
Keimanan Menjana Perubahan

Tuesday, 1 March 2011

My Best Football Players




Name: Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro
Birth date: February 5, 1985
Birthplace: Funchal, Madeira, Portugal
Height: 186.5 cm
Playing position: Left/right winger, striker
First club: Sporting Lisbon
Career debut: 1999 vs Moreirense
Current club: Real Madrid
International team: Portugal





Full name: Luis Lionel AndrĂ©s Messi
Birth day: June 24, 1987
Birthplace: Rosario, Argentina
Nationality: Argentinian
Other nationality: Spanish
EU passport: Yes
Height: 169 cm
Weight: 67 kg
Club: FC Barcelona
Position: Forward
Debut: 17 November 2003





Name: Ronaldinho de Assis Moreira
Nickname: Ronaldinho Gaucho ('little' Ronaldinho)
Playing Name: Ronaldinho
Nationality: Brazilian
Place and Date of Birth: Porto Alegre, Brazil. March 21, 1980 

Playing Position: Attacking Midfielder. Squad number 10. 
Current Club: F.C. Barcelona. Spain -la Liga Primera Division.
Brazil International?: Yes. Debut against Venezuela June 26, 1999.
Height and Weight:
Height:1m 81cm. Weight:80kg.

MAKANLAH TEMBIKAI...



Tahukah anda tembikai banyak khasiatnya???Nabi Muhammad SAW turut memakan buah tembikai selain daripada buah tamar. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah RA  berkata: “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah”. Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah.Di samping kalium, ia juga mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung. Tengoklah budak itu, pandai menjaga kesihatan dari kecik.hehehe...